TIPU PELABURAN ROSELIZA IRANIE

Assalamualaikun & Salam Sejahtera 

Saat kami diuji hanya Allah sahaja yang tahu disaat kali pertama Kak Susy tahu ade orang menggunakan nama kedai SUSY COLLECTIONS & gambar-gamabr Kak Susy untuk menipu duit orang ramai di online, mengigil seluruh badan, tiba-tiba air mata keluar tanpa diminta..dikala kami selalu menitik berat dalam segala hal..menjaga hati semua orang sebaik mungkin, mejaga silaturahim sesama manusia..bahkan dengan staff kak susy, selalu kak susy pesan & ingatkan diaorang untuk menjaga silaturahim dengan sesiapa saja pelanggan kami. Bukan mudah untuk kak susy bangunkan perniagaan ini..dari kami hanya berniaga online di rumah, berniaga di ekspo hingga kami dapat buka butik..macam-macam dugaan & cabaran dah kami lalui, berhujan dan berpanas., kami bermula dari bawah, dari kami tiada apa-apa. Kami sangat sayangkan perniagaan ni, disinilah bermula segala-galanya, kak susy dapat bantu keluarga, bantu orang lain, dapat buka peluang pekerjaan, kami sangat bersyukur dengan apa yang dikurniakan.

Siapa sangka dalam kami menjaga semua hal, tiba-tiba kami dikejutkan dengan KES ROSELIZA IRANIE ni..mengambil kesempatan keatas kami..menggunakan gambar-gambar Kak Susy mengaku dia adalah Kak Susy & Kedai Susy Collections miliknya untuk menyakinkan pelabur untuk melabur dalam pelaburan yang dia jalankan padahal dia yang sebenar adalah orang yang dalam gamabr ni. 


                   ROSELIZA & SUAMI DALANG DI SEBALIK PENIPUAN YANG DI BUAT 


MODUS OPERANDI PENIPUAN YANG DIJALANKAN OLEH ROSELIZA

IKLANKAN GAMBAR DUIT DI GROUP-GROUP FACEBOOK, MEMINTA SESIAPA BERMINAT UNTUK MEMBUAT DUIT DENGAN MUDAH MENINGGALKAN NOMBOR TELEFON DI BAHAGIAN KOMEN. 

Dari situ dia akan menubuhkan group whatsapp memasukkan semua nombor telefon yang ditinggalkan di bahagian komen gambar tersebut. Dalam group tu nanti dia akan terangkan pelaburan yang dijalankan.

Melabur hari ini sebelum jam 5 petang, Hasilnya akan dapat pada pukul 11 malam hari yang sama. 

KONONYA

MODAL RM50, DAPAT RM1500
MODAL RM100, DAPAT RM3000
MODAL RM200, DAPAT RM6000
MODAL RM300, DAPAT RM9000

INI SEMUA ADALAH TIPU!!!TIPU!!!TIPU!!!

Selepas mangsa bank in ke akaun ROSELIZA IRANIE dia akan keluar dari group whatsapp yang ditubuhkan. 


Dia menipu mengatakan dia dari JOHOR dan tinggal di SABAH mejalankan perniagaan di Sabah. Padahal dia berasal dari KG BENONI  PAPAR, SABAH. mendakwa SUSY COLLECTIONS di TAWAU, padahal SUSY COLLECTIONS hanya ada di KOTA KINABALU & KUALA TERENGGANU sahaja.  



Kali pertama kak susy tahu pasal  penipuan pada 24/3/2016. Laporan polis telah dilakukan. sebelum viralkan kes ni..kak susy pernah post di facebook pasal ROSELIZA IRANIE ni dengan harapan lepas ni dia tak buat lagi (memandangkan dia copy gambar2 kak susy dalam fb) jadi kak susy yakin dia baca apa yang kak susy post. Harapan tinggal harapan pada 30 April 2016, sekali lagi Kak Susy dikejutkan dengan kes penipuan ni, masih menggunakan gambar kami. sekali lagi kak susy post di facebook (tanpa gambar) masa ni banyak kak susy minta pendapat orang..ramai yang minta kak susy viralkan gambar ROSELIZA IRANIE ni..hari demi hari kes ni berlalu mcm tu..semalam 19 Mei 2016 sekali lagi kes ini berulang. tiada cara lain lagi untuk dedahkan penipuan ni memandangkan dia masih tidak berubah, Kak Susy viralkan hari ni untuk orang ramai lebih berhati-hati & jangan percaya dengan segala tawaran yang menjanjikan pulangan yang lumayan dalam jangka masa singkat.. 


Di bawah ni kak susy lampirkan semua bukti-bukti penipuan yang dijalankan ROSELIZA IRANIE. 


LAPORAN POLIS DIBUAT OLEH KAK SUSY




PENIPUAN PERTAMA  














Gambar diatas adalah gambar sebenar kak susy bersama customer kak susy. Gambar ni kak susy upload di fb www.facebook.com/pagesusycollections & www.facebook.com/susycollections

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 PENIPUAN KE 2
















ROSELIZA IRANIE DALANG DISEBALIK PENIPUAN YANG DIJALANKAN


Kepada semua kawan2 yang baca post ni..berhati-hati lah dengan segala urusniaga dalam talian yang menjalankan pelaburan. Siasat dahulu dengan siapa kita berurusan. kepada semua mangsa yang pernah kene tipu dengan pasangan ni harap dapat buat laporan polis untuk tindakan lanjut, sebelum makin ramai mangsa tertipu dengan mereka.




0 comments:

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © SUSY COLLECTIONS BOUTIQUE & HIJAB | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in