Tip Shading Bentuk Wajah







  • Jurusolek akan menggunakan teknik shading pada wajah bagi menyerlahkan bahagian-bahagian tertentu. Jikalau seseorang itu berwajah bulat, maka shading akan dilakukan pada bahagian pipi dan dagu bagi memberi ilusi wajahnya nampak sedikit panjang. Seandainya berhidung pesek, maka shading akan dilakukan pada batang hidung menggunakan warna yang cerah bagi membangkitkan efek tulang hidung tinggi.



  • Sesiapa pun boleh melakukan shading pada wajah sendiri. Untuk memahirkan tangan membuat teknik shading, kekerapan melakukannya adalah perlu. Dalam melakukan teknik shading, pilihan warna bedak, pembayang pipi dan highlight amat penting. Gabungan warna yang tepat akan menjadikan teknik shading lebih sempurna.

TEKNIK SHADING HIDUNG 

  • Untuk memberi ulusi hidung nampak lebih kecil, sapu highlight yang berwarna cerah @ putih matelik pada tengah-tengah tulang hidung. Ratakan sepanjang tulang hidung dengan kemas.

  • Gunakan bedak yang lebih gelap dari biasa untuk shading bahagian kiri dan kanan yang mengapit warna cerah highlight. Ini akan memberi ilusi hidung lebih keci.

  • Jika tiada bedak berwarna cerah & gelap, gunakan saja eyeshadow putih sebagai highlight dan eyeshadow berwarna gelap sebagai shading tepi kiri n kanan hidung.

  • Sapuan hendaklah diratakan dengan kemas sehingga ke pangkal kening





TEKNIK SHADING WAJAH

  • Gunakan berus lembut (serong) bagi memudahkan kerja melayangkan warna untuk shading ini. Teknik sapuan mestilah bermula dari sempadan kulit pipi dan anak telinga, menyerong menuju ke arah penjuru hujung bibir.

  • Tujuan sapuan menyerong adalah untuk memberikan kesan wajah lebih tirus. Penggunaan warna coklat ini memberikan ilusi membentuk struktur wajah lebih kecil daripada biasa.

  • Layangkan berus sepanjang tulang rahang hingga ke dagu. Sapuan pada bahagian rahang ke dagu ini bertujuan memberi ilusi dagu tidak berlapis. Sedikit lagi sapuan dilayangkan pada bahagian dahi. 

  • Selesai membuat shading dan kontur pada wajah, barulah disapu pemerah pipi yang sesuai. Tidak perlu terlalu banyak, cukup sekadar layangan yang tipis agar wajah nampak lebih semula jadi.

  • Untuk menyapu pemerah pipi, sapuannya sama seperti membuat shading. Ia bermula daripada atas tulang pipi kemudian ditarik sehingga separuh bahagian pipi. Lebih mudah menyapu pemerah pipi apabila wajah dalam keadaan tersenyum.

  • Jikalau membuat shading bagi menyerlahkan hidung atau pipi yang agak bulat, kurangkan penggunaan pemerah pipi, Warna merah akan membuatkan wajah kelihatan bertambah berisi.




SELAMAT MENCUBA =)



1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © SUSY COLLECTIONS BOUTIQUE & HIJAB | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in